Thursday, November 12, 2009

Hei Puak-Puak Kera! : Nabi Pun "Mencarut" Juga?




apa itu hikmah?..tempat kasar kena kasar!..
pengajaran dari sirah nabawiyah!


Firman Allah Yang Bermaksud :

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Ali-Imran : 159)


Firman Allah Yang Bermaksud :

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (An-nahl : 125)

Semenjak dua menjak ni, saya pun tak tahu penyakit apakah yang melanda hati ini! Hati ini terasa macam sudah terpaut dengan dunia. Terpaut dengan dunia yang penuh dengan kefanaan dan penipuan ini. Ini bala ataupun ujian, Tuhan saja yang Maha Mengerti. Hai Tuhan, berikanlah petunjuk kepada hati ini! Andai hati ini telah tersesat, maka tunjukkanlah kembali jalan pulangnya!

Juga, semakin hari semakin tidak tenang! Bagaimana mungkin hati ini bisa jadi tenang andai selalu dituduh yang bukan-bukan? Bukan setakat lawan, malah kawan pun join sekali! Ya, kawan dan lawan. Arghh..tensennye! Mungkin beginilah nasib manusia yang suka mencari 'dunia' macam saya ini! Moga tabahlah hati ini mengharungi dugaan ini!

Akibatnya, habis hilang fokus yang sepatut difokuskan! Dengan Tuhan, dengan manusia, dengan study dan macam-macam lagi.

Mungkin manusia-manusia tidak boleh menerima cara tulisan saya ini. Macam-macam kata dilemparkan kepada saya. Tapi saya cuba untuk tidak mengisahkan kata-kata tersebut kerana saya amat yakin bahawa saya menulis bukan untuk mencari redha daripada manusia-manusia. Namun begitu, tewas juga saya akhirnya kepada perasaan sendiri!

Jadi, saya pun tak nak berlawan dengan kamu lagi. Kamu ramai, saya keseorangan! Letih alik saya kalau berterusan nak buat keras kepala!

Bukan juga nak membersihkan diri saya. Kerana bagi saya, berani buat, berani la juga menanggungnya!

Berkenaan isu http://madsha88.blogspot.com/2009/11/babi.html saya rasa saya ada asas mengapa berbuat demikian. Hilang thiqah ke, jatuh saham ke, emosi berlebihan ke, mencarut ke, kata-kata kesat ke, tidak ada tarbiah ke dan apa-apa tuduhan lain kepada saya. Saya hanya nak suruh kamu tengok dan perhatikan ucapan tok guru dalam youtube diatas! Dan saya rasa memang layak kata-kata tersebut diberikan kepada pengkhianat-pengkhianat kepada perjuangan islam!

Itu sahaja! Wallahua'lam


aku bukan nabi yang bisa sempurna,
ku tak luput dari dosa,

biarlah ku hidup seperti ini,

penguasa alam!,

tolonglah pegangi aku,
biar ku tak jatuh pada sumur dosa,

yang terkutuk dan menyesatkan cintaku

2 comments:

Farhan Azhar said...

salam sahabatku, bersabarlah takpe ana akan bela anta kerana ana tahu siapa anta, bukan sekejap kita kenal... lama dah, biasa la dunia byak ujiannya ,insyaALLAH selagi bernyawa selagi tu la ISLAM menjadi pilihan perjuangan ini.... jemput datang mansurah...

Anonymous said...

Awak tu ada pangkat. kene sopan sikit. Malu org tgk ke Perubatan ni. Ketua cegah maksiat buat lagu ni. Guane?

Biar ISMA salah sangat pon tegur sopan sket deh. Imej kita sbg muslim.

'Kalam al-hal afsahu min kalam al-maqal'

atau kata org putih, action speak louder than word.

Wassalam